Monday, October 27, 2014

PBS bakal miliki bangunan sendiri dan Pusat Kebudayaan Bisaya

Sumber: Utusan Borneo, 27 Oktober 2014

LIMBANG: Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) bakal mempunyai bangunan rumah kedai sendiri dan Pusat Kebudayaan Bisaya (PKB) yang menjadi mercu tanda sekitar 10,000 masyarakat Bisaya dalam menjana pembangunan ekonomi, sosial, kebudayaan dan politik masyarakat minoriti itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang berkata, kedai terletak di Lot 1634 berhampiran Restoran Musbee itu merupakan bangunan tiga tingkat merangkumi pejabat, pejabat untuk disewa dan aktiviti komersial di tingkat satu. Jelasnya, kemudahan bernilai lebih RM400,000 itu ditunggu sejak beberapa tahun lalu dan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 10 bulan pembinaan. Jelasnya, ia akan memberi keselesaan kepada persatuan dalam menjalankan pelbagai aktiviti. “Kami mahu masyarakat Bisaya lebih bermotivasi untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh meningkatkan taraf kehidupan mereka berbanding sebelum ini,”katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pecah Tanah Rumah Kedai PBS di sini petang kelmarin. Turut hadir isteri Paulus Mary Sindang, Timbalan Residen Pembangunan Limbang Selamat Jati Yanjah, Naib Presiden PBS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pejabat PBS Peter Sawal, Temenggung Yussin Bunjok, Pemanca Nicholas Buyok dan ahli jawatankuasa tertinggi PBS. Dalam pada itu, Paulus menjelaskan bahawa PKB yang kini sedang rancak dibina bernilai RM1.5 juta juga menjadi mercu tanda dalam memelihara kebudayaan dan tradisi kaum Bisaya yang terletak di Batu Danau, Limbang. Jelasnya, fasa pertama pembinaan sudah siap sepenuhnya, manakala fasa kedua kini merangkumi pembinaan dinding, penempatan perabot serta kawasan parkir kereta. “Kami jangkakan PKB ini akan siap dalam tempoh enam bulan pembinaan,”katanya. PKB berperanan mempromosi keunikan budaya dan adat resam Bisaya di peringkat kebangsaan. Projek mega itu yang dirasmi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akan memberi keselesaan kepada masyarakat Bisaya dalam menonjolkan keunikan adat resam suku kaum itu.

Sunday, July 18, 2010

RM10 juta untuk air bersih dan elektrik Kpg Limpaku Pinang

Sumber: Utusan Borneo
March 28, 2010, Sunday

LIMBANG: Ketiadaan bekalan air bersih dan elektrik yang menjadi keperluan utama hampir 300 penduduk di Kampung Limpaku Pinang, satu-satunya kampung yang terletak di pesisir kuala Limbang di sini, akan diatasi melalui peruntukan berjumlah RM10 juta daripada kerajaan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail berkata, peruntukan tersebut melibatkan pelaksanaan projek sistem perawatan air hujan dan bekalan elektrik luar bandar yang sudah diluluskan untuk disiapkan bermula tahun ini.
Beliau berkata, kontraktor projek berkenaan telah diarah untuk melaksanakan dan menyiapkan projek berkenaan dalam tempoh sebelas bulan.
“Apabila siap kelak, projek berkenaan diharap dapat mengatasi masalah kekurangan air bersih, terutama pada musim kemarau selain kemudahan bekalan elektrik kepada penduduk yang sebelum ini bergantung kepada jana kuasa elektrik,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Mesra Rakyat dan Pelancaran Program 1Keluarga 1Graduan di kampung Limpaku Pinang di sini, semalam.
Hadir sama ialah Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Limbang, Asmah Yasin, Pegawai Penerangan Baha- gian, Mohd Azlan Charles Abdullah, Guru Besar Sk Limpaku Pinang, Lajim Karia, Ketua Kampung Limpaku Pinang, Simat Zaman Sapar dan jemputan lain.
Program itu dianjurkan bersama pihak Kemas dan Jabatan Penerangan Bahagian, selain Ibu Bapa Guru (PIBG) Sk Limpaku Pinang dan penduduk kampung tersebut.
Dr Rahman menambah, kerajaan tidak pernah meminggirkan nasib dan masalah rakyat di kawasan pedalaman dengan melaksanakan projek pembangunan untuk manfaat mereka bersama.
Selain itu, jelasnya, pada masa sama kerajaan juga ber-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut termasuk me-ngenal pasti potensi yang bo-leh dibangunkan untuk menambah ekonomi penduduk.
Beliau turut menjelaskan agensi kerajaan lain, terutama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) juga sedang berusaha untuk membantu menambah pendapatan mereka melalui program inap desa.
“Kampung Limpaku Pinang yang merupakan satu-satunya kampung terpencil di pesisir kuala Sungai Limbang juga mempunyai potensi dalam sektor pelancongan dengan membangunkan program inap desa di kawasan berkenaan.
“Bagi mencapai matlamat tersebut sebanyak 10 buah rumah dipilih untuk memulakan program tersebut dalam merancakkan lagi industri pelancongan untuk menambah nilai pendapatan mereka,” katanya lagi.
Jelasnya, kerajaan melalui LKIM turut membantu meningkatkan sara hidup golongan nelayan serta awak-awak di kampung berkenaan yang bergantung sepenuhnya terhadap tangkapan ikan untuk mencari rezeki.
“Inilah sebahagian usaha kerajaan untuk memastikan rakyat terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan selesa. Ia juga bertepatan dengan slongan 1Malaysia (Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan),”katanya lagi.
Pada majlis sama Dr Rahman turut mengumumkan peruntukan RM5,000 kepada kampung berkenaan termasuk RM3,000 bagi PIBG Sk Limpaku Pinang, manakala selebihnya untuk golongan wanita dan pemuda kampung tersebut.

RM54 juta untuk bekal elektrik di 30 kampung di Batu Danau

by Mastura Ismail (Utusan Borneo)
May 3, 2010, Monday

LIMBANG: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM54 juta bagi pembekalan elektrik luar bandar (PELB) melibatkan 30 buah kampung di kawasan Batu Danau.

HUBUNGAN ERAT: Elvis (empat kiri) menyerahkan cenderamata kepada Entri (tiga kanan) di pekan Medamit malam kelmarin. Turut kelihatan Hasbi (lima kiri) dan Paulus (dua kiri).
Menteri Muda Kemudahan Awam Sylvester Entri Muran berkata PELB tersebut akan dilaksanakan dari 2010 sehingga 2012 yang memberi manfaat kepada 2,406 rumah di kawasan berkenaan.
Jelasnya peruntukan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk melaksanakan lebih banyak pembangunan kepada penduduk yang menetap di pedalaman.
“Pada masa ini kerajaan sedang berusaha membawa lebih banyak kemajuan di kawasan pedalaman terutama menyediakan kemudahan asas kepada penduduk.
“Dengan adanya kemudahan elektrik dan bekalan air bersih, ia menunjukkan penduduk di pedalaman tidak pernah dikecuali untuk menikmati keselesaan,” katanya ketika penutupan Karnival Makanan dan Permainan Tradisional Dayak di pekan Medamit malam kelmarin.
Turut hadir ialah Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Maria Hasman dan Timbalan Residen (Pembangunan) merangkap pengerusi pengelola program, Elvis Didit.
Entri menambah kerajaan melalui pendekatan ‘gotong-royong’ akan meneruskan pembangunan kepada penduduk di negeri ini melalui kestabilan politik.
Jelasnya, selepas persempadanan semula kawasan di bahagian ini pekan Medamit kini berubah wajah dan menerima pelbagai kemajuan di bawah payung Barisan Nasional (BN).
“Atas dasar itulah, kerajaan akan meneruskan usaha secara lebih serius untuk membawa pelbagai kemajuan dan pembangunan di kawasan terpencil .
“Hari ini penduduk di Medamit ini juga dapat menikmati perubahan dalam tempoh lima tahun di bawah kerajaan BN yang menyaksikan lebih banyak kemajuan dilaksana,” jelasnya.
Dalam majlis itu Entri turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM15,000 untuk program tersebut.
Terdahulu berucap merasmikan carnival berkenaan, Hasbi mahu hubungan dan kerjasama masyarakat pelbagai kaum di kawasan Medamit diperkukuhkan khususnya dalam menjayakan pelbagai program.
Hasbi berkata Nanga Medamit memiliki banyak keistimewaan termasuk perpaduan yang teguh dan keunikan makanan dan permainan tradisionalnya.
“Kita percaya penganjuran acara ini mampu memperkenalkan keunikan makanan dan permainan tradisional kepada generasi muda agar ia tidak pupus ditelan zaman.
“Justeru generasi sekarang perlu mempelajari dan mendalami keunikan yang terkandung dalam makanan dan permainan tersebut untuk diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya.
Dalam majlis sama Hasbi turut memperuntukkan RM10,000 bagi program serupa.

Pesakit & Pengiring Hanya Perlu Bayar RM118 Naiki MASwings

by Mastura Ismail (Utusan Borneo
June 19, 2010, Saturday

MASwings tawar tambang istimewa untuk pesakit dari Limbang mendapat rawatan di Hospital Miri
LIMBANG: Syarikat Ma laysia Airlines (MAS) hanya akan mengenakan tambang RM118 untuk perjalanan sehala Limbang ke Miri bagi pesakit dari Limbang yang pergi ke Miri untuk mendapatkan rawatan pe rubatan.

BERBINCANG:Hasbi ketika mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan kerajaan di bilik mesyuarat Hospital Limbang semalam.
Kadar tambang RM118 itu ditawarkan kepada seorang pesakit dan pengiringnya, dengan menaiki penerbangan MASwings.
Kadar tambang itu telah ditetapkan oleh kerajaan di bawah tambang pesakit miskin luar bandar, kata Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibolah.
Menurut Hasbi, pemgumu man mengenai kelulusan kadar tambang dibuat oleh kerajaan pada 8 Mac lalu menerusi Kementerian Pengangkutan, yang berkuat kuasa pada awal bulan ini bagi meringankan beban para pesakit, khususnya di daerah ini yang perlu dirujuk ke hospital Miri.
Jelasnya, kadar tambang sebanyak RM118 itu meliputi tambang bagi perjalanan sehala melibatkan pesakit dan pengir ingnya yang terpaksa ke Miri untuk mendapatkan rawatan.
“Kerajaan menetapkan bayaran sebanyak RM50 dan RM9 sebagai caj perkhidma­tan kapal terbang bagi seorang pesakit dan seorang pengir ingnya yang terpaksa dirujuk ke Hospital Miri melalui penerbangan MASwings.
“Mereka perlu membeli tiket melalui syarikat Ma laysia Airlines (MAS) dengan hanya mengemukakan surat sokongan daripada pihak hos pital sebelum mendapatkan tambang tersebut,” katanya pada sidang media di hospital daerah di sini, semalam.
Menurut Hasbi lagi, kadar tambang berkenaan ditetap kan untuk pesakit yang perlu dirujuk di Hospital Miri bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Beliau menasihati para pesakit agar terus menghubungi pihak MAS dan tidak melalui ejan syarikat penerbangan MAS bagi mengelak mereka dikenakan caj perkhidmatan lain.
Sementara itu, Hasbi berka ta, kerajaan turut menyediakan kemudahan van membawa jenazah, khususnya untuk membawa pulang jenazah dari Hospital Miri ke Limbang.
“Sebelum ini penduduk terpaksa mengeluarkan per belanjaan sendiri untuk mem­bawa balik jenazah dari Hos pital Miri untuk dikebumikan di Limbang.
“Jawatankuasa penyelar asan van membawa jenazah juga sudah dibentuk untuk mencari kaedah dan me kanisme terbaik berhubung cara penggunaan kenderaan tersebut,”katanya.
Beliau berharap jawa tankuasa tersebut dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab lebih efektif termasuk mengenal pasti cara dan kaedah penghantaran jenazah, termasuk berkaitan dokumen perjalanan melalui negara Brunei.
Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Penga rah Hospital Limbang, Dr Norliza Jusoh, manakala timbalan pengerusinya ialah Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Ba hagian, Aziah Saruji.
Ahli Jawatankuasa terting ginya termasuk Timbalan Residen (Sosial), Jabatan Imi­gresen, Kastam, Polis Diraja Diraja Malaysia (PDRM), ketua masyarakat dan agensi-agensi lain.

Monday, July 12, 2010

Jambatan Sungai Pandaruan



Foto: Feri Sungai Pandaruan

Sidang Dewan Rakyat. Pembinaan Jambatan Sungai Pandaruan, Limbang di Sarawak bagi menghubungkan Malaysia-Brunei, masih dalam peringkat perbincangan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem berkata perkara itu merupakan antara yang akan dibangkitkan dalam rundingan tahunan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Rundingan tersebut akan diadakan akhir tahun ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen P.221 Limbang yang ingin mengetahui bila rundingan pembinaan jambatan berkenaan akan dijalankan. Mengenai cadangan supaya dibangunkan pekan sahabat dikawasan itu, Datuk Richard berkata ia akan menjadikan hubungan rakyat kedua-dua negara lebih akrab.
(Sumber: Pusat Berita Radio RTM)

Penjelasan Rais Yatim Isu Limbang

PUTRAJAYA 8 Mei - Rakyat tidak perlu bimbang dengan isu kedudukan Limbang yang dijamin akan selesai dengan sendirinya setelah lima perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan dan Brunei antara 1920 hingga 1939 diakhiri dengan kerjakerja mengukur sempadan.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau terpanggil membuat penjelasan itu ekoran 'kontroversi' penyerahan dua kawasan blok minyak, blok L dan M kepada Brunei baru-baru ini kerana terlibat secara langsung selaku Menteri Luar pada Mac 2009 bersama Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam rundingan dan proses diplomasi dengan kerajaan Brunei.

Malah, kata beliau, persefahaman yang dicapai hasil Pertukaran Surat yang ditandatangani kerajaan dengan Brunei pada Mac 2009 sebenarnya turut menyebabkan Brunei kehilangan 5,165 kilometer persegi kawasan maritim zon ekonomi eksklusifnya.

Kawasan maritim negara kesultanan itu menguncup berbanding sebelum 1984.

''Saya dengar (dibangkitkan di Sibu dan diungkit pelbagai pihak termasuk akhbar pembangkang) seolah-olah Malaysia bodoh serahkan seluruh hak wilayah kita sedangkan ia (blok L dan blok M) tidak pernah menjadi milik kita.

''Silapnya pada tahun 1979, pemeta kita sekadar memasukkan tanggapan itu padahal ia terletak dalam Pelantar Benua Brunei dan diiktiraf Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

''Begitupun Pertukaran Surat ini ada imbasannya (kaitan) pada Limbang. Apabila lima perjanjian berkenaan diselesaikan kehendak pengukurannya, soal Limbang tidak timbul lagi dan berhasil bagi Malaysia," kata beliau kepada Mingguan Malaysia hari ini.

Lima perjanjian berkenaan ialah:

i. Perjanjian Mengenai Sungai Pandaruan dan daerahnya pada 4 Februari 1920.

ii. Perjanjian Sempadan Sungai Belait dan Sungai Baram 25 Ogos 1931.

iii. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Trusan dan Temburong.

iv. Perjanjian Antara Brunei dan Sarawak mengenai Sempadan Limbang dan Brunei dari Pantai ke Bukit Gadong 24 Februari 1933.

v. Perjanjian 4 November 1939 antara kedua-dua pihak.

Kelima-lima perjanjian inilah meletakkan Limbang dan dipersetujui bahawa terusan-terusan Pagalayan hingga ke Bukit Traja ditentukan oleh perjanjian tersebut.

Rais yang kini menyandang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, dakyah kononnya Malaysia kehilangan wilayahnya telah dibangkitkan menjelang pengundian Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu 16 Mei ini dan justeru beliau terpanggil untuk menerangkan beberapa aspek justifikasi demi kenegaraan dan hubungan diplomasi dengan Brunei.

"Brunei dengan rela hati bersetuju bahawa kawasan maritimnya menguncup selepas Pertukaran Surat 2009. Ini keikhlasan tidak ternilai dan Malaysia tahu jika dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (di The Hague, Belanda) kemungkinan kita beroleh hasil lebih positif lebih jauh kes Batuan Tengah di Batu Putih," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini perairan di blok L dan M dikenali CA1 dan CA2 mengeluarkan hasil minyak dan hidrokarbon digunakan oleh rakyat Malaysia untuk mencari nafkah dan berniaga.

Namun secara tiba-tiba Petronas menganggap ia perairan negara dan mewujudkan kerjasama carigali dengan Murphy Oil di Sabah.

"Bagaimanapun Brunei dalam perbincangannya bersetuju untuk berusahasama dalam kedua-dua petak komersial tadi termasuk minyak di bawah tajuk Perolehan Kerajaan untuk Malaysia bagi tempoh 40 tahun bermula dari tarikh Production Sharing Contract (PSC).

"Juga dipersetujui oleh Brunei tentang hak laluan kekal bagi rakyat Malaysia dan Sarawak melintas dan menggunakan perairan itu untuk mendarat atau pergi ke kawasan sempadan Sarawak dan Brunei. Pendek kata, ia tidak boleh ditarik balik...berterusan," kata beliau.

Pada masa sama Malaysia diberi 10 peratus faedah melalui kontraktor yang dipilih sendiri (iaitu Petronas) dalam hak dan obligasi yang sama.

Seterusnya Malaysia juga akan beroleh melalui Petronas 75 peratus dari hal dan obligasi.

- Mingguan Malaysia, Ahad 9/5/2010